Sunday 21 July 2013

Panduan Doa Makbul.

Assalammualaikum,
Dikongsikan panduan yang berguna ini untuk semua. Moga bermanfaat. Amin


 Panduan Doa Makbul.
  • Tidak melakukan perkara yang menghalang doa dimakbulkan.
  • Membiasakan diri dengan tiga tabiat para Nabi.
  • Menguatkan doa dengan tawassul syar’i (yang dibenarkan syarak).
  • Mengambil peluang dengan masa, tempat atau keadaan yang mustajab doa.
“Berdoalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan doamu.”
(Surah al-Mukminun 40:60)
Individu yang  Mustajab Doa.
  • Seorang Muslim yang mendoakan saudaranya.
“Doa seorang Muslim buat saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan sanudaranya itu mustajab. Atas kepalanya, ada malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, malaikat itu juga berdoa berkata : “Amin, dan buatmu juga yang seumpama itu (seperti hajat yang didoakan buat saudaranya).”
(Riwayat Muslim)
  • Orang berpuasa.
  • Pemimpin yang adil.
  • Orang yang dizalimi.
“Doa orang yang dizalimi itu mustajab, sekalipun dia seorang yang berbuat maksiat, kerana kemaksiatannya itu adalah tertanggung ke atas dirinya sendiri.”
(Riwayat Ahmad)
  • Ibu bapa.
  • Musafir.
“Tiga doa yang dimakbulkan tanpa syak lagi ; doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa ibu bapa untuk anaknya.”
(Riwayat al-Tirmizi)
  • Si anak yang berdoa buat ibu bapanya.
“Allah mengangkat darjat seorang hamba yang soleh dalam syurga. Hamba itu bertanya : “Wahai Tuhanku, bagaimana aku boleh dapat semua ini?” Allah menjawab : “Dengan istighfar oleh anakmu untukmu!”
(Riwayat Ahmad)
  • Orang yang sedang menunaikan haji atau umrah.
“Orang yang sedang berperang di jalan Allah, haji dan umrah isalah delegasi tetamu Allah. Allah menyeru mereka, mereka menyahut seruan. Mereka memohon, maka Allah mengurniakannya.”
(Riwayat Ibn-Majah)
  • Orang yang banyak mengingati Allah.
“Tiga manusia yang doa mereka tidak ditolak ; orang yang banyak sekali mengingati Allah, orang yang dizalimi dan pemimpin yang adil.”
(Riwayat al-Baihaqi & al-Tabarani)
  • Orang yang tidur dalam keadaan suci.
“Tidak ada seorang Muslim yang tidur dalam keadaan dia mengingati Allah dan bersuci, kemudian dia terjaga malam dan memohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat melainkan Allah makbulkan untuknya.”
(Riwayat Abu Daud)
  • Orang yang berdoa dengan doa Nabi Yunus.
“Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengannya, melainkan Allah makbulkan untuknya.”
(Riwayat al-Tirmizi)
  • Orang yang benar-benar dalam kesulitan.
“Siapakah yang memperkenankan doa orang yang sedang menderita pada saat dia berdoa kepada-Nya?”
(Surah al-Naml 27:62)
Tip Doa Makbul.
Dalam surah al-Anbiya’ antara ayat 73 hingga 90, Allah merakamkan kisah para Nabi dan doa-doa mereka yang dimakbulkan. Pada akhir ayat 90, Allah menyenaraikan tiga tabiat serupa para Nabi yang menyebabkan doa mereka begitu makbul :
  • Sesungguhnya mereka sentiasa bersegera melakukan kebaikan.
  • Sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh pengharapan dan ketakutan.
  • Sentiasa tunduk patuh kepada Kami.
Masa yang Mustajab Berdoa.
  • Antara azan dan iqamah.
  • Ketika hujan.
  • Semasa ayam berkokok.
  • Kala sepertiga malam.
  • Ketika sujud dalam solat.
  • Ketika waktu senang.
  • Ketika peperangan.
  • Di hujung solat fardhu selepas tahiyat sebelum salam.
  • Pada malam hari.
  • Pada hari Jumaat.
Orang yang Allah Kabulkan Isi Hatinya Tanpa Berdoa.
Allah S.A.W berfirman : “Sesiapa yang disibukkan dengan membaca al-Quran dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu daripadaKu, maka Aku akan memberikannya lebih baik daripada apa yang diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (al-Quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhlukNya.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Otak Seminit

Assalammualaikum...

Pasti pelik kan? Apa maknanya "Otak Seminit" ni?

Ia sebenarnya seperti Bahasa Slanga, iaitu bahasa yang lazim diguna dan yang hanya difahami oleh segolongan atau sekelompok orang-orang tertentu sahaja.

Definasi "Otak Seminit" - Keputusan atau kata-kata yang bertahan untuk hanya beberapa minit sahaja dan kemudian ia akan bertukar. ke keputusan lain. Maknanya seperti orang yang bercakap, membuat rancangan atau berjanji tetapi semuanya akan sentiasa berubah-ubah dan bertukar-tukar setiap kali soalan yang sama diajukan. Lebih mudah difahami, orang yg macam "lalang".

Contoh :
Isteri : Petang ni abang nak berbuka dimana?

Suami : Oh, petang ni abang nak ke Bangsar, jumpa kawan. Berbuka dengan kawan. Awak masak sikit. Satu dua mangkuk saja. Tak ada sapa nak makan... (Pukul 11 pagi)

Suami : Jom kita pergi Tesco, lepas kita berbuka di Tesco, abang hantar awak balik, dan abang akan ke Bangsar jumpa kawan abang tu (Pukul 4 petang)

Suami : Abang rasa tak sempat kalau nak ke Tesco sebab nanti lambat balik dan tak sempat nak ke Bangsar.  Apa kata kita berbuka kat rumah saja. Awak masak. Lepas berbuka abang keluar (4.30 petang)

Suami : Abang tak tak tahu jalan di kawasan sekitar KL. Apa kata lepas berbuka dirumah, awak ikut abang sekali jumpa kawan abang tu sekali. Awak kan pandai jalan kat KL. So kurang sikit buang masa mencari jalan. (6.30 petang)

Suami : Awak tak payah ikutlah. Awak duduk kat rumah saja. Abang pergi sorang (pukul 7 petang)

Suami : Abang tak jadi pergilah jumpa kawan abang tu. Nanti abang bagitau dia abang sakit perut (7.45 petang)

Inilah dia contoh terbaik "Otak Seminit"

Surya Hanee :)

Thursday 4 July 2013

Befriender




Let us introduce ourselves to you about who Befrienders are. People call us for many reasons,
some callers are people who need emotional support.
Others may be frightened, angry, sad, lonely or depressed. Callers talk to us about their families,
their jobs, their personal relationships, money problems, sickness, depression and school concerns and etc.
If you feel is more comfortable by not giving your name when you call, it is alright.
Whatever your situation is, we will treat your feelings and your story with respect. Everything you tell us is confidential within The Befrienders, we will not keep any records. We promise you this. You will always have the right to make your own decisions, including
the right to end the phone call.
If you are feeling like you have no one else to turn to, or if you just need a safe place to talk, please call us. We are always here to listen, you are not alone.
History

In 1970, a group of pioneer Malaysians was concerned about the emotional well being of the community after the occurrence of communal riots on the 13th May 1969.
With the assistance of professional psychiatrists and psychologists from University Hospital, Kuala Lumpur, The Befrienders KL was established.
The Befrienders is a non profit organization modeled after Samaritans, a movement started in London
in 1953. Since then, the movement has spread to about 40 countries and now has 300 centers around
the world


http://www.befrienders.org.my

Call us at 03-79568144 or 03-79568145
E-mail us at sam@befrienders.org.my
Address:
95 Jalan Templer
46000, Petaling Jaya
Malaysia
 

Homoseks (Gay) ialah perlakuan pesakit Skizofrenia

Kecelaruan Obsessif Kompulsif ( obsessive compulsive disorder /OCD)
 
Was-was
Pernahkah anda merasa ragu-ragu atau was-was? Apakah yang anda lakukan jika anda was-was? .
Di bawah diperjelaskan bagaimana OCD merupakan penyakit was-was.
Contoh 1: Anda merasa was-was semasa mengambil air sembahyang . Di dalam hati anda berulangkali berkata-kata" sudah basuh tangan ke belum, rasanya sudah, rasanya belum (obsession)" Lantaran perasaan was-was ini anda akan mengulang prosedur mengambil sembahyang ini sekali lagi (compulsion). Jika anda mengulang prosedur itu banyak kali sehingga mengambil masa yang lama dan melambatkan aktiviti anda. Ini dianggap OCD.
Contoh 2: Anda seorang yang terlalu pembersih. Di kotak kepala anda hanya terfikir kuman berada di merata tempat. Kuman ada di tangan kerana anda telah memegang kerusi di dalam bas yang telah dipegang orang lain. Mungkin orang itu memgang najis dan tidak cuci tangan. Fikiran ini menghantui anda, berulang-ulang sehingga anda menjadi resah dan risau ( obsession) . Kerisauan anda berkurang jika anda mula mencuci tangan ( compulsion). Jika anda kerisauan ini berterusan dan anda mencuci tangan anda berulang kali sehingga mengambil masa yang lama ini dipanggil OCD. Terdapat pesakit yang mencuci tangan 5-6x sehingga tangan ekzema. Ada yang mandi sehingga 2-3 jam sehingga lewat ke kuliah.
Salahkah menjadi pembersih. Bukankah kebersihan dituntut agama?
Memang kebersihan dituntut agama tetapi jangan keterlaluan sehingga anda membazir air, sabun dan merosakkan tangan anda. Jangan diturut penyakit was-was!
Apa itu OCD?
Obsessive compulsive disorder adalah suatu penyakit jiwa yang perlu dirawat. 
Obsession adalah :
1) fikiran, bayangan, atau imej yang kerap berulang-ulang menghantui fikiran anda . Ia menganggu anda sehingga membuatkan anda resah gelisah dan bercelaru.
2) anda tahu bahawa fikiran ini datangnya adri anda sendiri, bukannya dari orang lain atau ap jua kuasa lain yang memaksa anda
3) ia bukan sekadar kerisauan kerana anda mempunyai masalah dalam kehidupan
4) anda cuba untuk menghentikan dan mengurangkan fikiran ini tetapi amat sukar
Compulsion adalah:
1) untuk menghilangkan keresahan dan anxiety akibat obsesi di atas, anda mesti melakukan sesuatu dalam bentuk apa jua sama ada perbuatan atau fikiran lain. Disebabkan obsesi ini datang berulang, maka anda akan berulang kali melakukan perbuatan yang sama.
2) anda mengetahui bahawa perbuatan anda ini keterlaluan
Apabila obsessi dan kompulsi berlaku anda akan merasa teramat tertekan sehingga fungsi normal anda seperti hubungan dengan orang lain, kerja-kerja seharian dan lain-lain aktiviti terganggu. Inilah OCD
Tanda OCD yang kerap adalah :
kadar Obsesi:
-Pemikir tentang kebersihan (43%)
-Ketakutan tentang sesuatu mungkin berlaku seperti kebkaran, kematian tersayang dll (24%)
-Terlalu mementingkan sesuatu disusun dengan teliti cth. mengatur kasut, menyusun pinggan dll (17%)
-Memikir tentang keagamaan ( 13%)
-Memikir tentang kelakuan seks pelik, luar tabii atau homoseks/lesbian, imej seks dan pornografi( 4%)
kadar kompulsi:
-Perbuatan mencuci tangan, mandi,gosok gigi,cuci bilik air dll (85%)
-Buka tutup pintu, duduk bangun (51%)
-Menyusun barang ( 17%)
-Menyimpan benda buruk dan usang (11%)
OCD juga boleh menyebabkan kemurungan dan berkait dengan penyakit Tourette's
Berapa kerap OCD berlaku?
Secara umum OCD boleh berlaku sehingga 2-3% daripada populasi umum dalam setahu. Ia lebih kerap daripada skizofrenia i.e 1%.
Di kalangan orang dewasa kaum lelaki dan perempuan mempunyai kadar yang sama untuk mendapat OCD.
Di kalangan remaja, lelaki > perempuan
Ia boleh berlaku seawal 2 tahun tetapi sukar di kesan.
Apakah penyebab OCD?
Penyebab tepat tidak diketahui tetapi banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa ia berlaku kerana interaksi biopsikososial
Faktor biologi:
1) Disregulasi serotonin. Kajian telah menunjukkan bahawa metabolit serotonin iaitu asid 5-hidroksiindolasetik meningkat di dalam cecair otak (CSF) pesakit OCD
2) Scan otak (PET Scan) menunjukkan peningkatan aktiviti otak di bahagian lobus frontal ,nukleus kaudat dan singulum di basal ganglia.
3) Kajian genetik menunjukkan risiko mendapat penyakit ini bertambah jika ada keluarga terdekat pernah mengidap penyakit ini.
Faktor Psikososial
1) 15-35% pesakit OCD adalah di kalangan mereka yang obsessif iaitu terlalu menjaga kebersihan, terlalu teliti, terlalu menepati masa dan terlalu bercita-cita tinggi.
2) faktor psikodinamik- menurut Sigmud Freud OCD berlaku kerana individu yang mengidap OCD gagal menggunakan defence mechanism berikut: isolation, undoing dan reaction formatiom ( RUJUK DEFENCE MECHANISM)
Apakah rawatan untuk OCD?
Rawatan adalah berdasarkan prinsip biopsikososial.
Ubat-Ubatan; (Dos yang lebih tinggi diperlukan berbanding dos untuk kemurungnan)
1)Ubat antidepressant boleh bertindak sebagai antiOCD. Contohnya:
-Kumpulan SSRI: Fluvoxamin (Luvox), Fluoaxetine (Prozac), Sertraline ( Zoloft),
-Kumpulan TCA: Clomipramine
-Kumpulan SNRI: venlafaxine ( effexor)
2)Ubat antianxety: diberi cuma jika pesakit mengalami keresahan melampau.
Psikoterapi
-telah terbukti keberkesanan Cognitive behavioural therapy (CBT) dan Exposure Response Prevention(ERP) untuk OCD
-tangani masalah sosial seperti masalah dengan keluarga, menangani kemarahan, cara penyelesaian masalah dll.

Bagaimana seseorang di diagnos sebagai mengidap skizofrenia?

Pakar psikiatri atau doktor yang terlatih dalam bidang ini memberi diagnosis skizofrenia setelah mendapat penjelasan yang lengkap sejarah penyakit seseorang individu itu secara menyeluruh daripada individu itu sendiri, pasangan, keluarga dan kadang-kadang penjelasan daripada rakan-rakan , penyelia, majikan dan individu lain yang mengenali mangsa।


Diagnosis yang lengkap biasanya dibuat setelah pemerhatian klinikal dan perbincangan di kalangan petugas kesihatan yang terlibat memberi rawatan kepada pesakit. Ia bukanlah tugas mudah kerana diagnosis skizofrenia berhubung kait dengan stigma yang ketara di mata masyarakat dan bebanan yang besar bakal dipikul oleh pesakit dan keluarga. Maka diagnosis tepat perlu di buat.

Terdapat beberapa kriteria untuk diagnosis skizofrenia. Pakar biasanya berpandukan kiteria DSM IV ( sila rujuk diruangan INFORMASI LANJUT ) atau ICD 10 untuk mendiagnos penyakit skizofrenia.

Seseorang individu juga adalah cenderung mengidap skizofrenia jika beliau mempunyai simptoms yang di kenali sebagai Scheneider’s First Rank Symptoms. Di antara резреж simptoms tersebut adalah:

Person Auditory Hallucination:Halusinasi ini berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit (Hallucinated voices talking or arguing among themselves about the patient). Contohnya; pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.

Running Commentary:Halusisnasi ini berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatanya (Hallucinated voices describing the patient’s activity as it takes place) contohnya; “ dia sedang makan , dia bangun dari kerusi , dan terus lari”

Thought echo berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir (Hallucinated voices speaking the patient’s thoughts aloud)

Thought withdrawal; seorang merasai bahawa pemikirannya telah dibawa keluar daipada kotak fikirannya oleh sesuatu kuasa asing (the patient believes his thoughts are being removed from his mind by an outside force).Contohnya pesakit merasai bahawa otaknya kosong kerana fikirannya telah ditarik keluar oleh jin

Thought insertion। Seseorang merasai bahawa sesuatu kuasa asing telah memasukkan pemikiran luar ke dalam kotak fikirannya (the patient believes thoughts are put into his mind by an external force) contohnya; pesakit merasai bahawa pihak UFO telah memasukkan cip berfungsi menggantikan otak dan fikirannya.

Thought Broadcasting: Seseorang merasai bahawa pemikirannya dapat dibaca atau diketahui oleh orang lain tanpa beliau memberitahunya (the patient believes his thoughts are somehow made known to others). Contohnya: pesakit percaya bahawa doktor dapat membaca fikiran mereka

Passivity Phenomenon:made action : percaya bahawa perbuatannya dikawal oleh kuasa luar (the patient believes his affect is controlled by an outside force) contohnya. percaya bahawa jin telah mengawal tangan pesakit untuk menyembelih ayam tersebut
made feeling, percaya bahawa persaan dikawal oleh kuasa luar (the patient believes his affect is controlled by an outside force) Contohnya. Pesakit menangis kerana kuasa yang mengawal tangisannya.
made volition: percaya bahawa kehendak pesakit datang dari kuasa luar (the patient believes his affect is controlled by an outside force). Contohnya.pesakit membunuh mangsa kerana merasa dipaksa oleh kuasa syaitan

Delusional perception: Fenomena di mana seseorang mempunyai persepsi yang normal tetapi diikuti interpretasi atau kepercayaan yang karut (delusi) terhadap persepsi it ( a two-stage phenomenon consisting of a normal perception followed by a delusional interpretation of it as having a special and highly personalized significance). Contohnya; seseorang pesakit yang melihat pen tergantung (normal perception) mempunyai kepercayaan karut bahawa dunia nak kiamat (delusi)

Somatic Passivity : percaya bahawa dirinya adalah pasif dan sensasi yang dirasai di tubuhnya adalah perbuatan kuasa luar.(the patient believes he is the passive recipient of bodily sensations imposed from the outside) .contohnya. pesakit dapat merasai dirinya diperkosa oleh jin.

Selain daripada kriteria di atas dan tanda-tanda penyakit yang telah dibincangkan terlebih dahulu (rujuk Skizofrenia). Pesakit biasanya mempunyai kemerosotan atau perubahan yang ketara dalam aspek-aspek kehidupan .Contohnya pesakit tidak lagi dapat bekerja dengan baik dan prestasi kerja merosost. Pesakit tidak lagi dapat menjaga anak-anak dan melakukan kerja-kerja di rumah dengan baik. Hubungan dengan pasangan, keluarga dan masyarakat terjejas

Apakah tanda-tanda skizofrenia?

Tanda-tanda atau simptom penyakit skizofrenia adalah banyak dan kompleks. Tanda-tanda penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa tanda penting

  • Tanda-tanda positif (positive symptoms)
  • Simptoms negatif (negative symptoms)
  • Gangguan kognitif
  • Gangguan Emosi
  • Lain-lain tanda
TANDA-TANDA POSITIF


Psikosis
Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination). Delusi adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun di pertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat , keadaan sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit. Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:

Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion) : Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .

Delusi kawalan ( delusion of control) : Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak

Delusi pelik (bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.

Delusi grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.

Delusi nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.

Delusi merujuk (delusion of reference); Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.

Terdapat banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan ini sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di cabar.

Deria yang normal memerlukan stimulus yang dikesan oleh organ deria dan diinterpretasi oleh otak. Halusinasi berlaku apabila tiada stimulus dikesan oleh organ deria tetapi otak menginterpretasi sehinggakan stimulus dirasa seperti wujud oleh pesakit. Contohnya;

Halusinasi pendengaran (auditory hallucination); pesakit mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain tidak dapat mendengar.
Second person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.
Third person auditory hallucination berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit. Contohnya; pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.
Running commentary berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatanya, contohnya; “ dia sedang makan , dia bangun darin kerusi , terus lari”
Thought echo berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir.


Halusinasi penglihatan ( visual hallucination ) berlaku apabila pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat dilihat oleh orang lain, contohnya, pesakit dapat melihat malaikat datang menghampiri mereka. Ini perlu dibezakan dengan illusi di mana stimulus telah dikesan oleh pesakit tetapi diinterpretasi secara salah oleh otak, contohnya; pesakit melihat ular berlingkar tetapi sebenarnya adalah ikatan tali.


Terdapat juga halusinasi lain seperti halusinasi somatik atau halusinasi taktil di mana pesakit merasa seperti terdapat sesuatu bergerak atau merasa kesakitan pada badan, halusinasi bau di mana pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain dapat menghidunya dan halusinsi rasa

Pertuturan Merapu (disorganized speech)Masalah pertuturan pesakit skizofrenia berlaku dalam banyak jenis bergantung kepada keadaan penyakit tersebut. Kebanyakan pesakit skizofrenia boleh bertutur secara normal dan menjawab soalan dengan baik. Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi jawapan yang diberi tidak berkaitan (irrelevant) dengan soalan walaupun bahasa yang disampaikan difahami. Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi tidak sepatah pun bahasa yang difahami (incoherent). Di bawah diberi contoh perbualan pesakit dengan doctor untuk menggambarkan psikopatologi yang dinyatakan:

Doktor: Siapa yang beri kamu duit?
Pesakit: Ke mana-mana saya nak pergi tidak siapa peduli saya. (irrelevant speech)

Doktor: Siapa beri kamu duit?
Pesakit: Bambu telinga kejar apa lagi (incoherent speech)
Pesakit juga boleh dilihat oleh orang lain bercakap seorang diri kerana mereka respons terhadap halusinasi suara ghaib yang didengar.
Terdapat juga sesetengah pesakit yang tidak langsung mahu bercakap sepatah jawapan pun ( mute) atau bercakap sepatah dua sahaja ( poverty of speech) dan sesetengahnya banyak pula bercakap ( pressure of speech). Ada pesakit yang mengikut sahaja apa-apa sahaja yang ditanya kepada mereka (echo lalia). Sesetengah pesakit menjawab soalan dengan baik dan terdapat juga yang menjerit-jerit dan meninggikan suara semasa menjawab soalan.


Tingkahlaku dan Perbuatan Pelik (Disorganized Movement)
Di antara tingkahlaku pelik yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia adalah:
Mannerism : Perbuatan pelik yang dilakukan oleh pesakit seolah-olah mempunyai satu tujuan. contohnya, menepuk-nepuk tangan, bersalaman secara tiba-tiba
Streotypy: Perbuatan pelik berulangan yang dilakukan oleh pesakit tanpa tujuan contohnya menggoyang-goyangkan tangan tanpa tujuan , melambai - lambai dll.
Catatonia: (Catatonic rigidity) mengeraskan badan dengan sengaja dan tidak membenarkan orang lain menggerakkan badan, ( catatonic stupor) pergerakan badan yang terlalu perlahan seolah-olah tidak berinteraksi dengan rangsangan luar, (catatonic posture) postur badan yang pelik dan pesakit dapat bertahan dengan lama dalam postur tersebut, ( waxy flexibilty) postur badan pesakit yang dapat dibentuk oleh orang lain dan pesakit bertahan dengan postur itu dalam jangkamasa yang lama.
Psychomotor Agitation: terlalu banyak pergerakan kerana keresahan jiwa dan pergerakan tidak produktif tanpa tujuan.
Echopraxia: mengikut perbuatan orang lain


TANDA-TANDA NEGATIF SKIZOFRENIA
tanda-tanda negatif skizofrenia biasanya melibatkan fungsi dan aktiviti pesakit terjejas. Mereka yang mempunyai tanda ini bersikap malas,tidak mahu bercakap, tiada motivasi, tidak mahu bergerak atau membuat kerja dan seolah-olah tidak mempunyai perasaan.:

Alogia (a-LO-jee-a) and poverty of speech: bercakap dengan sedikit , pertuturan tidak mempunyai isi dan perkara penting , dan mengambil masa yang lama menyambung perkataan dan ayat yang dipertuturkan seolah-olah pertuturan terhalang .
Flattening or blunting of affect: Terlalu kurang ekspressi muka. Mereka tidak senyum ketika gembira atau mengerutkan dahi ketika sedih. Mereka tiada hubungan emosi dengan orang yang bercakap dengannya, seolah-olah anda bercakap dengan robot.
Avolition and anhedonia: Hilang minat dan tenaga untuk melakukan perkara yang biasa mereka lakukan.
GANGGUAN EMOSI


Pesakit skizofrenia juga boleh mendapat kemurungan (RUJUK KEMURUNGAN) dan episod mania ( RUJUK BIPOLAR DISOERDER), Maka sejarah penyakit perlulah tepat untuk mendapat diagnosis yang tepat kerana rawatan yang tepat perlu diberikan.


Emosi pesakit skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak sejajar dengan apa yang mereka fikirkan ( the affect is not congruent to the thought) . Contohnya: Fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi beliau menyanyi kegembiraan.
Kadar bunuh diri pesakit skizofrenia adalah tinggi (10%). Ia boleh berlaku kerana mereka mempunyai kemurungan melampau dan psikosis yang menyuruh mereka membunuh diri.


GANGGUAN KOGNITIF


Pesakit skizofrenia boleh mendapat gangguan kognitif yang menyebabkan mereka mempunyai IQ yang lebih rendah. Mereka tidak dapat membuat keputusan dengan baik, kurang penumpuan danmemori yang kurang baik


GANGGUAN LAIN
Pesakit skizofrenia dikaitkan juga dengan tingkah laku agresif. Tetapi perlu diingat pesakit skizofrenia bukanlah lebih merbahaya daripada orang normal. Kadar jenayah keganasan dilakukan oleh mereka yang mengidap ketagihan alkoho atau dadah, masalah personaliti dan mereka yang tidak mempunyai sakit mental berbanding kadar jenayah yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia.

Apakah itu skizofrenia?

Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.

Penyembuhan penyakit HIV/AIDS

Masih tiada lagi ubat atau rawatan untuk menyembuhkan HIV/AIDS. Walaubagaimanapun terdapat ubat dan rawatan untuk melambatkan proses penyakit ini.

Info Rawatan:
Rawatan untuk HIV melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat simptom yang dialami oleh pesakit seperti ubat antiretrovirus yang menyerang dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV.
Beberapa tahun kebelakangan ini, para penyelidik telah mencapai kemajuan besar dalam penghasilan pelbagai rawatan pilihan AIDS/HIV. Sejak akhir tahun 1980-an, para profesional perubatan di Amerika Syarikat telah menggabungkan ubat antiretroviral ke dalam rejimen rawatan yang dipreskripsikan kepada pesakit yang dijangkiti. Kombinasi tiga atau lebih ubat antiretroviral yang biasanya dipanggil ‘dadah koktel’ didapati berkesan dalam menurunkan paras jangkitan HIV dalam tubuh individu yang dijangkiti dengan cara memperlahankan perebakan HIV. Lain-lain termasuklah perencat protease, Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) dan Non-nucleoside Transcriptase Inhibitors (NNRTI) serta gabungan ubat-ubatan di atas. Di samping terapi ubat-ubatan dan kaunseling, pemakanan yang sihat boleh menyumbang ke arah kehidupan yang lebih panjang dan sihat untuk pesakit AIDS. Makanan berkhasiat membantu pesakit AIDS mengekalkan kesihatan mereka dengan memberikan perlindungan daripada komplikasi jangkitan berkaitan HIV. Pengambilan makanan berkalori tinggi bersama protein dan karbohidrat yang cukup, boleh mempertahankan diri dari kekurangan zat makanan, malserapan nutrien, penurunan sistem imun dan susut badan. Pemakanan yang baik akan membantu mengurangkan kesan buruk dadah dan juga meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap ubat-ubatan tertentu. Terdapat bukti yang kukuh mengenai senaman yang dapat memperbaiki mood dan kualiti hidup individu positif HIV – menjadikan mereka lebih kuat, meningkatkan daya ketahanan dan melindungi mereka daripada infeksi. Pencegahan AIDS memerlukan disiplin dan kekuatan diri. Keperluan ini kadang-kadang sukar untuk dipenuhi tetapi ia berkesan dan mampu menyelamatkan nyawa.

Penyembuhan penyakit HIV/AIDS

Masih tiada lagi ubat atau rawatan untuk menyembuhkan HIV/AIDS. Walaubagaimanapun terdapat ubat dan rawatan untuk melambatkan proses penyakit ini.

Info Rawatan:
Rawatan untuk HIV melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat simptom yang dialami oleh pesakit seperti ubat antiretrovirus yang menyerang dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV.
Beberapa tahun kebelakangan ini, para penyelidik telah mencapai kemajuan besar dalam penghasilan pelbagai rawatan pilihan AIDS/HIV. Sejak akhir tahun 1980-an, para profesional perubatan di Amerika Syarikat telah menggabungkan ubat antiretroviral ke dalam rejimen rawatan yang dipreskripsikan kepada pesakit yang dijangkiti. Kombinasi tiga atau lebih ubat antiretroviral yang biasanya dipanggil ‘dadah koktel’ didapati berkesan dalam menurunkan paras jangkitan HIV dalam tubuh individu yang dijangkiti dengan cara memperlahankan perebakan HIV. Lain-lain termasuklah perencat protease, Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) dan Non-nucleoside Transcriptase Inhibitors (NNRTI) serta gabungan ubat-ubatan di atas. Di samping terapi ubat-ubatan dan kaunseling, pemakanan yang sihat boleh menyumbang ke arah kehidupan yang lebih panjang dan sihat untuk pesakit AIDS. Makanan berkhasiat membantu pesakit AIDS mengekalkan kesihatan mereka dengan memberikan perlindungan daripada komplikasi jangkitan berkaitan HIV. Pengambilan makanan berkalori tinggi bersama protein dan karbohidrat yang cukup, boleh mempertahankan diri dari kekurangan zat makanan, malserapan nutrien, penurunan sistem imun dan susut badan. Pemakanan yang baik akan membantu mengurangkan kesan buruk dadah dan juga meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap ubat-ubatan tertentu. Terdapat bukti yang kukuh mengenai senaman yang dapat memperbaiki mood dan kualiti hidup individu positif HIV – menjadikan mereka lebih kuat, meningkatkan daya ketahanan dan melindungi mereka daripada infeksi. Pencegahan AIDS memerlukan disiplin dan kekuatan diri. Keperluan ini kadang-kadang sukar untuk dipenuhi tetapi ia berkesan dan mampu menyelamatkan nyawa.

Ujian Antibodi HIV


        Ujian Antibodi HIV ialah ujian darah bagi mengesan kehadiran antibodi HIV dalam tubuh. Antibodi ialah sejenis protin yang dihasilkan oleh tubuh badan bagi melawan anasir-anasir asing seperti kuman dan virus yang menyerang sistem badan. Terdapatnya antibodi HIV dalam darah menunjukkan jangkitan HIV telah berlaku. Bagaimanapun bagi jangkitan HIV, antibodi HIV yang dihasilkan ini hanya mampu melawan virus HIV ini di peringkat awal jangkitan. Bila virus HIV ini membiak dan menjadi semakin banyak, antibodi HIV ini menjadi semakin lemah dan tidak berupaya melawannya.

Mengikut cadangan doktor, ujian HIV ini perlu dijalankan setelah 3 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan, walaupun bagi sebahagian orang kewujudan antibodi HIV dalam darah dapat dikesan seawal 2 minggu atau secara puratanya 25 hari selepas jangkitan. Bagi sebahagian orang pula antibodi HIV hanya dapat dikesan dalam darah setelah 3 bulan. Jika keputusan ujian setelah 3 bulan itu adalah negatif maka anda perlu membuat satu ujian HIV lagi setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan. Ini kerana tubuh mungkin mengambil masa selama enam bulan untuk mengeluarkan antibodi HIV secukupnya. Jadi 2 ujian setelah 3 bulan dan setelah 6 bulan mampu memberikan keputusan yang lebih meyakinkan.

Ujian pertama yang menunjukkan keputusan negatif iaitu setelah 3 bulan bermakna antibodi HIV tidak dikesan di dalam contoh darah yang diuji. Namun ini belum mengesahkan bahawa orang berkenaan bebas daripada HIV. Ini adalah kerana terdapat satu tempoh (yang dipanggil “window period”) dimana antibodi HIV tidak dapat dikesan didalam darah kerana badan belum menghasilkannya, walaupun telah terdapat virus HIV yang banyak dalam darah atau air mani. Waktu antara jangkitan dengan penghasilan antibodi HIV dipanggil “Window Period”. Jadi sepatutnya mereka yang dikesan negatif dalam ujian pertama, perlu menjalani ujian darah sekali lagi setelah 3 bulan lagi (iaitu setelah 6 bulan daripada tarikh kemungkinan terkena jangkitan) supaya status anda dapat ditentukan dengan lebih yakin.

Perlu diingatkan bahawa dalam jangkamasa enam bulan elakkan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi agar ujian-ujian anda tidak sia-sia.

Keputusan yang positif bermaksud antibodi HIV telah dikesan dalam darah. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya bermakna orang itu akan jatuh sakit dalam masa yang singkat. Seseorang yang positif HIV perlu mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sempurna untuk mengekalkan kesihatan dan memanjangkan hayatnya.


Mengapa perlu melakukan ujian HIV awal?
Pengesanan jangkitan HIV yang awal boleh menyebabkan anda mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk melambatkan penyebaran virus HIV dalam badan dan boleh melangsungkan hidup lebih lama. Malah anda boleh mengelak daripada memindahkan virus HIV kepada pasangan kesayangan anda dan orang lain.

Satu lagi sebab yang sangat penting ialah anda boleh menentukan sama ada selamat atau tidak untuk hamil.
Pilihan untuk menjalani Ujian Antibodi HIV terletak di tangan anda sendiri. Yang pasti, mengetahui keputusan ujian tak kiralah positif atau negatif akan lebih mententeramkan jiwa anda daripada terus gelisah tanpa mengetahui situasi yang sebenar. Walaupun keputusan adalah positif, terdapat rawatan untuk melambatkan penyebaran virus HIV dalam badan dan anda boleh hidup lebih lama. Jadi ujian HIV awal sangat-sangat penting.