Thursday 4 July 2013

Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?


        HIV boleh dijangkiti melalui cara-cara berikut:
  • Melalui perhubungan seks tidak selamat dengan mereka yang positif HIV.
  • Hubungan seks anal, oral(mulut), dubur, faraj tanpa perlindungan dengan pasangan yang dijangkiti.
  • Hubungan seks di mana air mazi, air mani atau darah daripada mereka yang dijangkiti masuk ke dalam badan orang lain.
  • Hubungan seks tanpa menggunakan kondom lateks jika pasangan positif HIV.
  • Perlakuan seks seperti bersentuhan atau melancap dimana kedua-dua pihak mempunyai luka atau ruam pada kulit mereka dimana salah seorang adalah positif HIV.
  • Melakukan hubungan seks tidak selamat dengan pelacur atau pondan atau berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka (berisiko).
  • Melalui perkongsian jarum atau bahan-bahan suntikan dengan orang yang dijangkiti.
  • Mempunyai pasangan yang mengambil dadah (berisiko).
  • Dari ibu ke anak semasa kehamilan, kelahiran atau menyusu badan jika si ibu adalah positif HIV.
Jika anda pernah melakukan salah satu daripada perkara-perkara di atas maka terdapat kemungkinan anda telah dijangkiti virus HIV. Jangan perkecilkan kemungkinan ini kerana virus HIV membiak dan memusnahkan sistem ketahanan badan secara senyap-senyap walaupun anda kelihatan sihat sahaja tanpa sebarang tanda atau simptom.

HIV hanya boleh dipindahkan apabila bendalir badan (darah termasuk darah haid, air mazi dan air mani) daripada individu yang telah dijangkiti memasuki tubuh individu yang belum dijangkiti. Darah atau cecair-cecair badan boleh memasuki salur darah orang lain melalui luka, kesan lecetan, kudis atau lain-lain cara. Mereka yang menjaga pesakit-pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan sarung tangan getah semasa melakukan tugas.

Seks selamat meminimumkan risiko jangkitan, tetapi tidak menghapuskan jangkitan sama sekali. Aktiviti seksual akan sentiasa mempunyai risiko terutama jika salah seorang pasangan adalah positif HIV. Seks selamat juga boleh mencegah jangkitan penyakit kelamin yang boleh meninggikan risiko jangkitan HIV. Penyakit-penyakit kelamin memudahkan HIV menjangkiti sel-sel badan.

No comments:

Post a Comment