Thursday 4 July 2013

Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?

HIV tidak dapat hidup di luar tubuh manusia.

HIV tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata.

HIV tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara.

HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.

HIV tidak boleh dijangkiti melalui:
  • Pendermaan darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah disteril dan hanya digunakan sekali sahaja.
  • Proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi HIV. Antibodi HIV adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus HIV.
  • Berjabat tangan, berpelukan, bersentuhan, melancap dan berciuman ringan.
  • Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam.
  • Berkongsi makanan.
  • Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit HIV kerana virus HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus HIV.
  • Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur.
  • Bersin, batuk, air peluh atau air kencing.
  • Gigitan serangga (termasuk gigitan nyamuk) atau binatang.
  • Menjaga seseorang yang positif HIV.

1 comment: